Sunday, February 2, 2014

B5DT1E2


KEMAHIRAN


MENULIS

BAND


5

PENYATAAN STANDARD


Memproses maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis

DESKRIPTOR


B5 DT1E1
Menghasilkan pelbagai jenis karya kreatif dan bukan kreatif yang baik dan menarik.


EVIDEN


B5 DT1 E2
Menghasilkan 2 jenis puisi yang mempunyai ciri-ciri puisi yang menarik( tema,nilai, gaya bahasa).



AKTIVITI PENTAKSIRAN


Langkah Pentaksiran

·         Murid membaca petikan daripada buku teks.
·         Murid menghasilkan dua rangkap pantun 4 kerat bertemakan alam sekitar yang mempunyai ciri-ciri puisi yang menarik.


CONTOH ITEM


Bahan:
Buku Teks Tingkatan 3 m/s 193

Bahan rangsangan:

Hutan di negara ini amat penting untuk pembalakan. Hal ini demikian kerana di hutan Malaysia terdapat berbagai-bagai jenis kayu balak yang bermutu tinggi, misalnya kayu cengal, meranti dan keruing. Selain digunakan di dalam negara, hasil balak juga dieksport dalam bentuk papan lapis ataupun perabot. Di samping menjadi sumber pendapatan negara, aktiviti pembalakan juga penting untuk menyediakan pelbagai peluang pekerjaan kepada penduduk negara ini. Demikianlah pentingnya hutan sebagai khazanah alam yang harus dipulihara.

Penilaian guru terhadap hasil kerja murid.

  1. Mencakupi aspek-aspek sastera:
1.       Tema (Alam Sekitar)
2.       Persoalan
3.       Bentuk
4.       Gaya bahasa
5.       Nilai dan pengajaran
  1. Karya mestilah asli

RUJUKAN GURU

Contoh Kad Inventori  :

Bil.
Soalan
ΓΌ  /  X
1.
Murid menghasilkan  pantun yang mempunyai ciri-ciri puisi yang menarik


No comments: