KEMAHIRAN
|
MEMBACA
|
BAND
|
1
|
PERNYATAAN STANDARD
|
Mengetahui perkara yang
didengar, dituturkan, dibaca dan ditulis
|
DESKRIPTOR
|
B1 DB1
Membaca petikan daripada
pelbagai bahan dengan sebutan dan intonasi yang sesuai
|
EVIDENS
|
B1 DB1 E1
Membaca petikan prosa atau
puisi dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.
|
AKTIVITI PENTAKSIRAN
|
1.
Murid merujuk petikan dalam buku teks tingkatan 3
muka surat 10 dan 11.
2.
Guru meminta beberapa orang murid membaca petikan
tersebut.
3.
Ketika murid membaca guru mengisi Borang Inventori
Bacaan.
|
Contoh petikan :
Sekolah
Selamat
Sejak
akhir-akhir ini media massa kita
sering membuat liputan tentang keselamatan sekolah yang agak longgar. Aspek fizikal, sosial dan teknikal sekolah
digambarkan seolah-olah kurang selamat dan kurang meyakinkan orang
ramai. Namun begitu, bukanlah semua
sekolah berkeadaan demikian kerana masih banyak lagi sekolah di Negara ini
berkeadaan selamat dan berfungsi secara berkesan.
Walau bagaimanapun, kita memang
sedar tentang kewujudan sebilangan murid sekolah yang berlatarbelakangkan
keluarga yang bermasalah. Faktor
negatif yang terdapat di luar persekitaran sekolah mempengaruhi watak dan
perilaku seseorang murid sehingga menyebabkan suasana sekolah menjadi tidak
selamat.
Perubahan suasana sekolah pada masa ini telah menyebabkan kaedah,
strategi dan model program yang dapat meningkatkan keselamatan dan
kejayaan murid serta guru perlu disusun dan disesuaikan
dengan keadaan semasa. Oleh itu, pihak
keluarga, sekolah, dan komuniti harus bekerjasama untuk mewujudkan “sekolah
selamat”.
Namun demikian, pengawalan keselamatan
di sekolah masih menjadi tanggungjawab pihak sekolah. Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa
keharmonian sekolah terpelihara. Hal ini dapat mengelakkan dan mengurangkan
gejala yang tidak sihat. Dalam
perkembangan yang sama, ibu bapa haruslah dapat mendidik dan menunjukkan
sifat – sifat yang terpuji agar menjadi contoh yang baik pula untuk
anak-anak.
Anggota masyarakat pula hendaklah
menunjukan keprihatinan terhadapmoralagar anak-anak menjadi orang yang
berguna untuk agama, bangsa dan negara.
|
Sunday, February 2, 2014
B1 DB1 E1
Labels:
PBS BAHASA MELAYU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment