KEMAHIRAN
|
MEMBACA
|
||||||||||||
BAND
|
5
|
||||||||||||
PERNYATAAN STANDARD
|
Memproses
maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis
|
||||||||||||
DESKRIPTOR
|
B5 DB1
Membaca pelbagai bahan
dan membuat ulasan dengan alasan yang kukuh.
|
||||||||||||
EVIDENS
|
B5 DB1
E1
Membuat
ulasan secara umum (idea, bahasa dan pengolahan) tentang karya bukan kreatif
yang dibaca dengan mengemukakan contoh yang relevan.
|
||||||||||||
AKTIVITI
PENTAKSIRAN
|
Langkah
Pentaksiran
·
Murid
membaca petikan karya bukan kreatif daripada buku teks.
·
Murid menyatakan
ulasan secara umum (idea, bahasa dan pengolahan) daripada bahan tersebut.
·
Murid
mengemukakan contoh yang relevan tentang bahan rangsangan tersebut dengan
bahasa dan cara penyampaian yang sesuai.
.
|
||||||||||||
CONTOH
ITEM
|
Bahan
Tajuk : Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia
(MERCY)
oleh: Fahmi bin Rahmat
MERCY ialah singkatan daripada
Malaysian Medical Relief Society dan ditubuhkan pada bulan Jun 1999. Ahli
Persatuan ini terdiri daripada sukarelawan perubatan dan sukarelawan bukan
perubatan tanpa mengira bangsa dan agama. Idea penubuhan MERCY dicetuskan
oleh presidennya, iaitu Dato’ Dr. Jemilah binti Mahmood. Beliau berpendapat
bahawa orang Asia, khususnya rakyat Malaysia, seharusnya menyertai kerja amal
di peringkat antara bangsa. Beliau berharap agar sikap penyayang rakyat
negara ini terus berkekalan. Atas kesedaran itulah beliau, dengan dibantu
oleh ahli keluarga dan rakan-rakannya, menggubal perlembagaan MERCY.
Salah satu
objektif penubuhan persatuan ini adalah untuk menyediakan bantuan perubatan
serta-merta kepada mangsa kecemasan akibat bencana alam atau peperangan tanpa
mengira bangsa, agama, kebudayaan, dan sempadan. Bagi tujuan tersebut, MERCY
telah melatih warganegara Malaysia, terutamanya doktor sukarela, memberikan
bantuan dalam situasi krisis. Objektif yang lain adalah untuk menyuntikkan
semangat kesukarelaan dan kemanusiaan di kalangan rakyat Malaysia. Satu lagi
objektif penubuhan MERCY adalah untuk memelihara hubungan baik antara
warganegara Malaysia dengan masyarakat antarabangsa.
Di samping
menyediakan bantuan di peringkat antarabangsa, persatuan sukarela ini tidak
membelakangkan masyarakat setempat. Sehingga ini, MERCY telah menyediakan
perkhidmatan ke kawasan yang agak mundur dan juga ke kampung yang tidak mempunyai kemudahan perubatan.
Sebagai contoh, MERCY telah mengadakan projek bantuan perubatan di Bukit
Lanjan, Selangor, Ulu Tembeling, Pahang, dan di kawasan pendalaman Sabah dan
Sarawak. Selain itu, MERCY telah menghantar misi ke Kosovo, Turki, India,
Kemboja, dan Indonesia. Hingga kini, persatuan tersebut telah mendapat
sambutan ramai kerana usaha seumpama ini sudah lama wujud dalam masyarakat
kita, terutama semasa kenduri-kendara. Kita bersyukur kerana semangat yang
sedemikian ada pada ahli profesional kita. Sebarang bantuan diharapkan dapat
meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa. Pada masa yang sama, imej
rakyat dan negara ini akan meningkat di peringkat antarabangsa.
(Dipetik dan
diubahsuai daripada info@mercy.org.my)
|
||||||||||||
Contoh kad iventori
|
|
||||||||||||
Rujukan Guru
|
Cadangan ulasan:
1. Idea
- Penerangan tentang tajuk petikan adalah jelas.
Contoh:
1.1 Maksud MERCY
1.2 Tarikh penubuhan persatuan
1.3 Keahlian persatuan
1.4 Pencetus idea penubuhan
1.5 Objektif penubuhan persatuan
1.6 Kepentingan persatuan
2. Bahasa
- Pemilihan diksi yang tepat dan gaya bahasa yang
menarik.
- Ayat yang digunakan gramatis dan bervariasi.
- Penggunaan penanda wacana yang sesuai.
- Terdapat kesalahan tatabahasa yang dikenal pasti
seperti di kalangan, diubahsuai, membelakangkan, pendalaman.
3. Pengolahan
-
Aspek pemerangganan yang kurang sesuai.
-
Tiada perenggan penutup.
-
Isi bercampur aduk dalam satu perenggan.
|
Sunday, February 2, 2014
B5DB1E1
Labels:
PBS BAHASA MELAYU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment