KEMAHIRAN
|
MEMBACA
|
BAND
|
2
|
PERNYATAAN
STANDARD
|
Mengetahui dan memahami perkara yang
didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis
|
DESKRIPTOR
|
B2 DB1
Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam
petikan
|
EVIDENS
|
B2 DB1 E1
Menyatakan maklumat yang penting daripada petikan yang
dibaca
|
AKTIVITI
PENTAKSIRAN
|
1.
Murid membaca
petikan secara senyap.
2.
Guru memilih
beberapa orang murid membaca secara mekanis.
3.
Guru memilih murid
untuk menyatakan isi penting yang
terdapat dalam petikan
|
|
Tajuk: Kes
Pembuangan Bayi
Contoh
petikan:
Sejak
belakangan ini, kes pembuangan bayi di Malaysia semakin serius. Saban hari
kita dikejutkan dengan kes pembuangan sama ada yang masih hidup ataupun
meninggal dunia ditinggalkan di tempat-tempat tertentu seperti di dalam tong
sampah, tandas, dan longkang. Pergaulan bebas merupakan pemangkin utama kes
ini. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang melampaui batas agama
boleh menyebabkan diri mereka terjebak ke dalam kancah maksiat dan impaknya
si gadis hamil anak luar nikah.
Lebih
buruk lagi pihak lelaki tidak bertanggungjawab sehingga membawa titik hitam
dalam kehidupan gadis tersebut, lantas gadis yang hamil mengambil jalan mudah
untuk mengelakkan rasa malu agar perbuatannya tidak diketahui masyarakat,
selain itu perasaan buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan lalu
membuang bayi tanpa belas kasihan. Perempuan yang menerima anak juga takut
dimarahi atau dipulau oleh keluarga akibat keterlanjuran dalam pergaulan.
Selain itu, gejala ini juga berpunca daripada faktor kemiskinan keluarga yang
mempunyai anak yang ramai sedangkan suami tidak bekerja. Kurang didikan agama
juga merupakan salah satu punca berlakunya kes pembuangan bayi.
Selain
cetek pengetahuan agama, mereka juga cetek pengetahuan dalam pergaulan dan
tindakan. Mereka mudah terperdaya untuk melakukan maksiat tanpa mengambil
kira dosa atau pahala. Bagi mereka, perbuatan keji ini adalah perkara baru
yang perlu dicuba. Mereka yang melakukan perbuatan salah ini tidak menerima
maklumat yang betul dari pihak tertentu untuk menyelesaikan masalah yang
diterima sebagai contoh tidak mengetahui terdapat badan sukarela dan agensi
tertentu yang menerima bayi tersebut. Sebenarnya perbuatan keji ini berlaku
dengan sikap masyarakat yang memandang keji mereka yang mempunyai anak tanpa
berkahwin.
Isu
pembuangan bayi amat serius dan perlu ditangani segera. Oleh yang demikian
pegangan agama yang utuh dalam kalangan remaja penting untuk membendung
masalah ini. Keluarga dan masyarakat harus bersikap membantu mangsa, bukan
menambah beban yang ditanggung. Pada waktu yang sama, ibu bapa hendaklah
prihatin dengan anak-anak mereka yang meningkat remaja, selain itu individu
sendiri perlu mempunyai kesedaran untuk menjaga tatasusila apabila berhadapan
dengan masyarakat.
|
Sunday, February 2, 2014
B2 DB1 E1
Labels:
PBS BAHASA MELAYU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment