Sunday, October 12, 2014

KESALAHAM UMUM FRASA KERJA PASIF DIRI PERTAMA DAN KEDUA
 

a. Memasukkan kata lain antara kata ganti nama diri dengan kata kerja pasif.
   
    Saya hendak meminjamkan buku ini kepada Ramu
    Buku ini saya hendak pinjamkan kepada Ramu
    Buku ini hendak saya pinjamkan kepada Ramu
     
 
b. Frasa kerja pasif diri pertama tidak boleh menerima awalan di- atau ter- dan
    oleh
     
     Jam itu dirosakkan oleh saya
     Jam itu saya rosakkan
 
 
c. Kata nafi bukan tidak boleh digunakan dalam binaan frasa kerja pasif diri
    pertama dan kedua.
   
    Kerosakan itu bukan saya lakukan
    Kerosakan itu tidak saya lakukan


d. Kata nafi bukan hanya boleh digunakan apabila terdapat dua maklumat yang
    bertentangan.
    
    Hadiah itu bukan saya belikan malahan dia
    Hadiah itu bukan saya belikan tetapi dia
 
 
e. Kata sandang nya tidak boleh hadir selepas kata kerja pasif diri
    pertama/kedua.
 
    Pensel itu telah saya pulangkannya semalam
    Pensel itu telah saya pulangkan semalam


f.  Kata kerja pasif diri ketiga boleh diikuti kata sendi oleh secara pilihan
 
    Kumari membeli sayur-sayuran di pasar
    Sayur-sayuran dibeli oleh Kumari di pasar
    Sayur-sayuran dibeli Kumari di pasar


KESALAHAM UMUM FRASA KERJA PASIF DIRI KETIGA
 

a. Merangkaikan kata ganti nama diri ketiga dengan kata kerja pasif yang
    mengalami pengguguran awalan meN- dalam proses pemasifan kata kerja aktif
    transitif.
    
    Emak memasak bubur nasi
   
    Bubur nasi emak masak
    Bubur nasi dimasak oleh emak      
 

b. Frasa kerja pasif diri ketiga tidak menerima kata nafi bukan sebelumnya.

    Ibunya bukan menguliti anaknya hingga tertidur
     
    Anaknya bukan diuliti oleh ibunya hingga tertidur
    Anaknya tidak diuliti oleh ibunya hingga tertidur
 
 
c. Kata nafi bukan boleh digunakan apabila terdapat dua maklumat yang
    bertentangan.
   
    Pokok sena itu bukan dicantas atau dipotong oleh sesiapa pun
    Pokok sena itu tidak dicantas atau dipotong oleh sesiapa pun


KESALAHAN FRASA ADJEKTIF YANG TERBINA DARIPADA KATA ADJEKTIF TERBITAN
 

a. Kata adjektif yang berawalan teR- yang mendokong maksud kata penguat
    tidak boleh hadir secara langsung sebagai predikat kepada subjek ayat (Frasa
    Nama). Kata adjektif tersebut perlulah diawali oleh partikel -lah atau kata
    sandang yang pada frasa namanya.
   
    Dia terpandai di dalam kelasnya
    Dialah yang terpandai di dalam kelasnya
    Dialah terpandai di dalam kelasnya
    Dia yang terpandai di dalam kelasnya
    Dia paling pandai di dalam kelasnya
    Dia  amat pandai di dalam kelasnya
    Dia sungguh pandai di dalam kelasnya
 
 
b. Kata adjektif yang berawalan teR- yang bermaksud paling tidak perlu
    ditegaskan lagi dengan kata penguat.

    Dialah pelajar yang mendapat tempat terakhir sekali di dalam kelasnya
    Dialah pelajar yang mendapat tempat terakhir di dalam kelasnya


c. Tetapi terdapat juga kata adjektif yang berawalan teR- yang boleh didahului
    oleh kata penguat paling. Kata adjektif itu dikenali sebagai kata adjektif yang
    membawa maksud darjah biasa.
  
    Beliau tokoh yang paling terkenal di kawasan itu
    Beliau tokoh yang terkenal di kawasan itu


d. Kata adjektif yang berawalan se- yang membawa maksud sama dengan tidak
    perlu diikut oleh kata sendi nama dengan selepasnya.

    Kehebatannya  setanding dengan  pemain import itu
    Kehebatannya  setanding pemain import itu
    Kehebatannya sama tanding dengan pemain import itu


e. Kata adjektif berapitan ke-…-an yang membawa maksud memiliki sifat seperti
    tidak perlu lagi diikuti oleh kata sendi nama seperti sebelumnya.

    Perangainya seperti keanak-anakan sahaja
    Perangainya seperti anak-anak sahaja


Saturday, October 11, 2014

BIASAKAN YANG BETUL..BETULKAN YANG BIASA

(nak tambah boleh lagi)

SOSIO EKONOMI
PRASYARAT
ANTIDADAH

IMBUHAN

JURURAWAT
TATABAHASA
EKABAHASA
TUNAWICARA
MAHASISWA
DWIBAHASA
TATASUSILA
JURUBAHASA

Tuesday, October 7, 2014

AYAT SONGSANG PASIF

Ayat songsang adalah ayat yang sebahagian atau keseluruhan predikat berada di hadapan binaan subjek. Perubahan kedudukan konsituen ini tidak melibatkan proses mempasifkan kata kerja transitif. Jadi ayat songsang tidak semestinya ayat pasif.

Sementara ayat pasif pula memang akan menyebabkan berlakunya perubahan konsituen dalam binaan predikat, iaitu seluruh atau sebahagian konsituen dalam binaan predikat akan berada di hadapan binaan subjek dengan berlakunya proses mempasifkan kata kerja transitif.

Cuba lihat ayat di bawah:

a. Emak menggoreng ikan.
ai. Ikan digoreng oleh emak

b. Ayah pergi memancing ikan semalam.
bi. Semalam ayah pergi memancing ikan.

Bagaimanapun boleh berlaku ayat songsang dengan ayat pasif tanpa mempasifkan kata kerja transitif. Contohnya boleh dilihat seperti :

a. Emak menggoreng ikan
aii. Ikan emak goreng.

Kesimpulannya, ayat songsang tak semestinya pasif tetapi ayat pasif mesti mempunyai struktur binaan songsang.
(Sumber blog bmspm.net)

Tuesday, September 30, 2014

MENULIS PENDAHULUAN KARANGAN

Dalam era globalisasi dan negara menuju ke arah kegemilangan, isu _____________  _______________________________tetap menjadi perhatian dan buah mulut masyarakat. (Beri contoh). Hal ini bukanlah suatu perkara yang asing, malahan sering dipaparkan saban hari di media massa terutamanya di televisyen, rubric-rubrik akhbar, internet dan melalui corong radio. (Beri pendapat). Sebagai anggota masyarakat, kita haruslah prihatin dengan isu ini dan janganlah menjadi seperti katak di bawah tempurung. Persoalannya, ___________________________ . Saya akan mengupas satu persatu isu yang diutarakan bagi meleraikan persoalan yang menjadi perbualan masyarakat.